:: KaLiAn ::

Rabu, 10 Jun 2015

SATU MALAM DI BANDARAYA JOHOR BAHRU

Cuti sekolah di Johor bermula pada 28 Mei 2015 hingga 13 Jun 2015. Pada minggu pertama cuti sekolah, aku tidak dapat membawa anak-anakku bercuti kerana aku terlibat dalam satu mesyuarat yang tidak dapat dielakkan selama 4 hari. Lagi pun dua orang anakku perlu menghadiri kelas tambahan di sekolah. Selain itu, isteriku sangat sibuk dengan pelbagai tugasan yang perlu disiapkan. Alasan yang sangat kukuh untuk tidak kemana-mana pada minggu pertama cuti persekolahan.

Minggu ini, anak-anakku sudah mula menunjukkan aksi-aksi kebosanan. Justeru, aku pun memohon cuti selama empat hari bagi melayan karenah mereka. Aku tidak merancang untuk pergi ke tempat yang jauh. Hanya di sekitar Johor Bahru sahaja.

8 Jun 2015

Jam 8.20 malam
Makan-makan di Bistro Hutan Bandar.
Sudah agak lama kami tidak ke sini kerana agak jauh dari rumah. Kebetulan sudah ada restoran yang menyediakan makanan yang sama di Kota Tinggi seperti Bola-bola Chicken Chop yang sering kami kunjungi. Untuk makluman, semua anakku hantu chicken chop.

Makanan di Hutan Bandar Bistro masih seperti dahulu. Menu yang paling laris ialah Chicken Chop. Harga RM5.00. Isi yang banyak, baik isi ayamnya, kentang gorengnya dan coleslawnya. Memang berbaloi-baloi. Boleh dikatakan dua kali kenyang jika makan di sini. Memang jauh berbeza berbanding Bola-bola Chicken Chop.

Cuma... penat juga beratur untuk membeli makanan. Cara menempah makanan seperti restoran makanan segera lain. Mungkin cara ini sesuai dan diterima oleh orang ramai. Jika membuat pesanan makanan di meja, mungkin kurang sesuai kerana pelanggan yang ramai dan staf yang kurang. Pernah terjadi, kami yang awal memesan makanan, tiba-tiba orang yang baru duduk yang menerima makanan terlebih dahulu. Sabar ajalah...

Pada pendapat aku, beratur ketika membeli makanan adalah satu cara yang sesuai kerana pelanggan yang ramai. Mungkin pihak pengurusan boleh menambah beberapa kaunter bagi mengelakkan pelanggan menunggu dalam tempoh masa yang agak lama. Terdapat juga kaunter untuk orang tua dan orang yang ingin memesan makanan secara bungkus. Mesin air yang terdapat air sejuk dan air panas turut disediakan. Pelanggan boleh minum air tersebut secara percuma. Nasihat saya, perlu bawa bekas air sendiri. Kalau mahu berjimat, isi kordial dari rumah dan isi air sejuk di sini. Atau pun bawa serbuk minuman 3 dalam 1 dari rumah, kemudian bancuh di sini. Hahaha... Memang jimat. 

Satu masalah di sini ialah apabila kita mahu memesan makanan atau minuman buat kali kedua, kita perlu beratur lagi. Jadi, pesanlah makanan dan minuman secukupnya. Jangan sampai beratur dua kali. Letih tu... Aku lihat terdapat dua orang pelanggan yang hanya ingin memesan minuman diarahkan beratur panjang di lorong atau kaunter pesanan. Kau ada?

Bagi mengatasi masalah ini, pihak pengurusan boleh mewujudkan kaunter pesanan minuman dan bayaran boleh dibuat di kaunter tersebut. 

Strategi yang aku guna pakai untuk mengelakkan kebosanan ketika berdiri ialah dengan beratur bergilir-gilir. Hampir 30 minit baru dapat bertentang mata dengan cashier merangkap chef yang menyediakan makanan yang dipesan. Aku memerhatikan cashier ini bekerja. Mula-mula, terima pesanan makanan dan minuman pelanggan. Terima bayaran. Kemudian menyediakan makanan. Memang berpeluh-peluh dan tak menang tangan. Bayangkan ketika aku sampai lebih kurang jam 8.20 malam sehinggalah kami habis makan 9.30 malam, iaitu dalam satu jam dengan keadaan dapur yang agak panas. Ketika kami pulang pun pelanggan masih beratur panjang. 


Beratur...........

Pelanggan menunggu untuk duduk...

Haaa... Licin..

Jam 9.50 malam
Cuci mata di Danga Bay.
Banyak aktiviti berunsurkan hiburan di sini. Permainan yang menyeronokkan kanak-kanak dan remaja. Semuanya perlu duit. Satu permainan tiketnya berharga sama ada RM2, RM4, RM8 dan RM10. Pilih ajalah mana yang sesuai. 










Jam 10.40 malam
Gerbang Mahkota di pintu besar Istana Bukit Serene.
Kilauan lampu yang sangat mengujakan. Rupa-rupanya ia menjadi satu daya tarikan kepada rakyat. Ramai yang mengunjungi kawasan ini bersama keluarga masing-masing. 

Di kawasan pancuran air, terdapat pula peniaga yang menjual alat permainan kanak-kanak yang berasaskan lampu seperti kipas helikopter bercahaya. Memang meriah. 

Cuma... terdapat segelintir pengunjung yang kurang beretika dengan memijak rumput sebagai laluan pintas walaupun telah disediakan laluan yang cantik. Terdapat juga segelintir pengunjung yang kurang menjaga kebersihan dengan membuang sampah merata-rata.

Aku sempat merakamkan gambar suasana di sekitar kawasan ini. Kami juga bergambar dengan seorang anggota Askar Timbalan Setia yang bertugas di hadapan pintu besar. Kami dapat melihat proses pertukaran anggota Askar Timbalan Setia yang bergerak dari kiri ke kanan pintu besar. Cuma aku tidak sempat merakam gambar.












12.00 tengah malam
Tiba di rumah.
ZZZZZZZzzzzzzzZZZZZZZzzzzzzzz

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger