:: KaLiAn ::

Selasa, 18 Mac 2014

MH370 : FIKIR DENGAN MATA HATI

Celaru dan keliru. Itulah dua perkataan yang melekat kukuh dalam benak ini. Barangkali, bukan benakku sahaja tetapi juga benak kalian. Hmm... 

Gara-gara Misteri Keghaiban MH370, semua manusia di seantero dunia ini masih tidak henti-henti berbicara tentang hal ini. Masing-masing menjadi penunggu setia di hadapan televisyen untuk mendapatkan maklumat terkini. Lagi-lagi siaran berita Astro Awani yang menyediakan liputan hampir 24 jam sehari dengan pelbagai segmen yang menarik penonton untuk terus mengikuti siarannya. Bagi yang mempunyai talian internet maka hujung jari tidak henti-henti mengetik kata kunci "MH370 Terkini" untuk mendapatkan maklumat yang panas menggelegak lagi berasap.

Walau apa pun, baca, cari, gali, dan koreklah maklumat yang diperoleh tetapi tapis dan fikir dengan mata hati segala maklumat tersebut. Jangan sampai kita terjerat dengan umpan menarik lagi menggiurkan yang ditabur oleh pihak-pihak yang berkepentingan sehingga kita terlupa anak, isteri, keluarga dan seterusnya ummah yang selama ini bahagia di rumah yang bertuah ini.

Ingat, ‘Matlamat Menghalalkan Carakerap dikaitkan dengan Machiavelli di dalam karyanya 'The Prince' berkaitan pentadbiran negara. Ini dapat dilihat melalui ungkapannya, “In the actions of all men, we must look to the end. Let a prince, therefore, win victories and uphold his state; his methods will always be considered worthy, hence the dictum, 'the end justifies the means.’” 
(Dalam tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang ingin dicapai). Jadi biarlah seorang putera(raja) mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya; kaedah yang diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi, maka timbullah pernyataan, ‘matlamat menghalalkan cara’) [Niccolo Machiavelli, The Prince]. 
Secara ringkasnya, kaedah ini bermaksud, seseorang itu boleh melakukan apa sahaja atau mengambil apa jua cara (walaupun salah) demi untuk mencapai matlamat atau tujuannya. Apa yang penting atau yang diambil kira ialah matlamat, yakni tercapainya matlamat, walau dengan apa cara sekalipun. 

Jadi, siapa yang menggunakan pendekatan 'Matlamat Menghalalkan Cara'? Hmm... 

Ketahuilah bahawa banyak pihak yang sedang memandang kita dengan pandangan yang tajam yang matanya tidak pernah beralih. Pandangan tersebut tepat ke jantung kita. 

Maklumlah, jantung bertuah inilah yang pernah digelar 'The Golden Chersonese' oleh Clifford manakala William James Perry melalui bukunya 'The Children of the Sun' yang diterbitkan pada tahun 1927 menyatakan:
"The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilization."

Selain itu, teks-teks Buddha Theravada menggelarkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Suvarnabhumi yang juga bermaksud Tanah Emas atau Semenanjung Emas.

Justeru, adakah sejarah lampau tentang kekayaan tanah berjantung ini tidak menarik perhatian pihak-pihak yang berkepentingan? 

Itu belum termasuk Sabah dan Sarawak yang kita belum tahu apa di dalamnya. Begitu juga perairan yang mengelilingi tanah bertuah ini yang masih belum diteroka sepenuhnya. Maklumat terkini :

Selain itu, Selat Melaka dan Laut China Selatan menjadi dambaan mereka. Mungkin pepatah moden ini sangat bermakna ketika ini iaitu :
"Siapa yang dapat mengawal Selat Melaka maka ia akan dapat mengawal seluruh dunia".

Mungkin pepatah moden yang berikut juga boleh diambil kira iaitu:
"Siapa yang dapat menggenggam Laut China Selatan, maka ia akan menguasai perbendaharaan harta dunia".


Sila jawab lontaran pertanyaan ini.


Siapakah gerangan yang mahu menguasai Selat Melaka?

Siapakah gerangan yang mahu menguasai Laut Cina Selatan?

Siapakah gerangan yang mahu menguasai Nusantara yang sangat strategik dan kaya dengan hasil mahsul?

Siapakah gerangan yang mahu menguasai dan mengawal dunia agar sentiasa berada di bawah tapak kakinya?

Jadi, di mana MH370?

Sedikit ceritera ingin dikongsikan.

Abang Besar mahu menguasai dunia dengan melebarkan pengaruhnya sehingga ke Nusantara yang sangat bernilai pada saat ini. Namun, Abang Long yang berkuasa di Timur menjadi penghalang. Maka diciptakan satu peristiwa yang akan menyebabkan hubungan antara Si Jantung dengan Abang Long menjadi dingin. Ingat, MH370 terdapat 152 orang anak buah Abang Long. Abang Besar mungkin menginginkan Abang Long akan membuli Si Jantung atas alasan peristiwa MH370. Lihat bilangan penumpang mengikut negara. Negara mana yang mempunyai bilangan penumpang yang paling ramai?



Lalu, Si Jantung akan meminta pertolongan daripada Abang Besar. Maka, Abang Besar seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Berbondong-bondonglah orang-orang Abang Besar datang lalu membina rumah di tanah Si Jantung. Akhirnya nanti, dapatlah Abang Besar menguasai Nusantara pada akhirnya.


Jadi, di mana MH370?
----------------------------------------
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang- orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun.


Jadi, rapatkan saf dan bersatulah di bawah satu panji. Masanya semakin hampir. 
Perancangan Allah tetap berjalan.
Wallahua'lam.

Amaran : Penulisan di atas hanyalah khayalan semata-mata yang tidak melibatkan mana-mana pihak. Jangan peduli sekiranya tidak mahu ambil peduli. Harap maklum.

Kepada Allah Berserah.


Sampaikanlah walau sepotong ayat.

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger