:: KaLiAn ::

Sabtu, 7 Januari 2012

:: Puan is3 menjeling manja tatkala ku bawa cik viva ke spa... ::

BOSAN sungguh pabila puan is3 hari-hari merayuku agar membawa Cik Viva ke spa.... Bukannya apa, aku risau dan khuatir jika berlaku sesuatu kepada Cik Viva. Dahlah cantik dan comel malah boleh menawan hati. Bukannya apa, aku masih sayang akan puan is3. Namun apakan daya aku terpaksa jua menurut kehendak puan is3.... Sayang is3 la katakan.....

Tatkala aku mahu keluar bersama Cik Viva, puan is3 menjeling manja sambil mengenyitkan mata kepadaku..... Ketika itu aku rasa macam tak jadi keluar dengan Cik Viva..... Ahhh.... Lupakanlah kenyitan mata itu.... 

Aku terpaksa menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang lelaki yang budiman.... Dengan langkah yang macho tanpa menoleh ke belakang, aku dan Cik Viva terus meninggalkan puan is3 yang masih tersenyum puas......










Stereng Cik Viva yang mesra....

Simple

Mmmmm....

Tarikh appointment Cik Viva akan datang

12 bulan = 11250km
Masa yang diambil oleh Cik Viva menerima rawatan di spa lebih kurang 1 jam setengah.... Haaa... lega... tanggungjawabku sudah selesai...

Tiba di rumah, puan is3 mengucapkan terima kasih kepadaku lalu sebuah kucupan mesra singgah di pipiku.... hehehe.... Bila lagi ek rawatan spa seterusnya untuk Cik Viva?.... huahuahua


Jumaat, 6 Januari 2012

:: Anak Gayong Pantang Dicabar ::

Terlebih dahulu, thanx sebab berminat dengan nukilanku ini. Ye lahh, Kalau kalian tak minat, kalian takkan masuk.... Betul tak? Hehehehe....

Aku nak cerita sedikit tentang anak-anakku. Mereka menyertai seni bela diri iaitu Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) cawangan taman perumahan kami. 

Oppsss.... Aku bukan nak berlagak kununnya anak-anak aku hebat... Tidak sekali-kali... Aku cuma nak berkongsi cerita dengan kalian.

Aku selalu berseloroh dengan anak-anakku. Lebih kurang macam ni lah selorohku:  "Kalau setakat belajar silat tapi tak berani untuk membuat persembahan semasa majlis kahwin baik bersilat dalam kelambu" (Jangan marah tok-tok guru silat, kata-kataku ini ditujukan khas buat anak-anakku).

Tidakku sangka sama sekali, rupa-rupanya kata-kataku itu telah disimpan kemas di dalam almari hati anak-anakku.... 

Terkujat aku ketika sewaktu perkahwinan adik bongsuku, mereka mula beraksi yang membuatkan aku terkedu tanpa kata. Nahhh...... Amik kauuuu.... Dushhhh..... Kena aku sebiji.....

Anak-anakku menunjukkan aksi buat kali pertama ketika majlis perkahwinan mak usu mereka
Aksi kali kedua

Aksi kali kedua

Kali ketiga dalam majlis perkahwinan anak saudaraku

Perghh..... dasat jugak ekkk...
Stail rambut yang tak tahan nengok tuu...

Macam nak terbang pun ada....

Hati-hati wallet nak jatuh tu...

Tersengih anak saudaraku @ pengantin lelaki melihat aksi si cilik
Buat anak-anakku:: Etta tarik balik kata-kata Etta iaitu :: "Kalau setakat belajar silat tapi tak berani untuk membuat persembahan semasa majlis kahwin baik bersilat dalam kelambu"
KALIAN MEMANG HEBAT.

Khamis, 5 Januari 2012

:: Majlis Makan Malam Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis ::

Sejarah terlakar sudah. Majlis makan malam ini merupakan majlis yang julung kali diadakan di Malaysia sempena Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis: Sejarah, Budaya dan Senibina di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru, anjuran UTM dengan kerjasama Persatuan Bugis Negeri Johor. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga turut mencemar duli. Ia diadakan pada 26 November 2011.

Hanya foto-foto di bawah penerus kata......


Menu
Aturcara Majlis






Makanan masyarakat Bugis juga turut dihidangkan 

Bersama-sama saudara Bugis dari Makasar
Suasana di dalam dewan

Ketibaan DYMM Sultan Johor

Saudara Bugis dari Makasar dan Singapura

DYMM Sultan Johor yang berjiwa rakyat
Tuanku Sultan tetap ramah melayani rakyat

Saudara Bugis dari Makasar yang berpakaian tradisional Bugis

Dari Makasar dan Singapura



:: Beregek Sebelum Ke Sekolah ::



Anak-anakku memang suka beregek. Hahaha... BEREGEK ?  Yaaa BEREGEK.... Bahasa apa pula ni? Sebentar..... Untuk makluman kalian, pertama kali aku mendengar perkataan tersebut sewaktu aku, isteriku dan ibu mertuaku hendak ke pasar. Perkataan tersebut dilontarkan oleh *ibu mertuaku. Ketika itu, isteriku sedang berdiri di hadapan cermin. Mungkin lama menunggu, ibu mertuaku pun memanggil isteriku. "Ngape lame beno beregek? Nanti ikan habih kat  paso..." rungut ibu mertuaku. Itulah kali pertama aku mendengar perkataan tersebut. Di mana? Kampung Petalin Baru, Bidor, Perak. Oooo.... loghat Melayu Perak rupanya.... 


Nah... BEREGEK saja anak-anakku. Foto ini sebelum mereka ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan 2012.


Semoga diterangkan hati untuk menerima  ilmu yang bermanfaat.
Angah yang manis. 
Daing Akid puteraku...
Ulfah sempat menunjukkan makanan suplimennya.

Makanan suplimen wajib makan......

Promosi la pulak......



* Alfatihah untuk arwah ibu mertuaku:: Rindu sangat kenangan lalu :( 
Amin.

Rabu, 4 Januari 2012

:: BerCHICKEN CHOP dI Hutan Bandar, JB ::

Aku selalu mendengar cerita daripada kawan-kawan yang mengatakan bahawa jika mahu menikmati makanan barat seperti chicken chop, fish n chip, grilled chicken chop, grilled beef steak, grilled lamb chop, oblong beef atau oblong chicken maka restoran yang paling sesuai dengan kelazatan makanan serta keberbaloian harga, di sinilah tempat yang paling sesuai:


 Lihatlah betapa ramainya pengunjung. Ada yang sanggup berdiri untuk menunggu kekosongan meja.



 Untuk pengetahuan kalian, chicken chop di sini memang sedap. Sehingga menjilat jari.... slurppp

 Sempat lagi untuk berposing.


:: Cuti-cuti di Melaka Wonderland ::

Ketika duduk bersantai bersama-sama keluarga, terkeluar juga rancangan untuk pergi bercuti. Pada mulanya kami merancang untuk ke Gambang. Oleh kerana hujan yang berpanjangan, juga berita keadaan banjir di Pahang dan tempat-tempat lain, maka rancangan tersebut diubah. Setelah bermesyuarah, Melaka  Wonderland menjadi pilihan.

Tiba sahaja di sana, tempat kereta sudah penuh. Jadi, aku menurunkan keluarga  betul-betul di hadapan pintu masuk taman tema air tersebut.
Aku memarkir keretaku sejauh hampir 1km. Jadi, menapaklah jawabnya. Pengunjung memang ramai pada waktu itu. Maklumlah, 24hb Disember 2011. Tiket masuk untuk kanak-kanak berharga RM25.00 manakala untuk dewasa RM30.00. Kanak-kanak yang ketinggiannya kurang daripada 90cm percuma.

Lihatlah foto di bawah, kafetaria dipenuhi pengunjung. Antara syarat masuk ke dalam taman tema air ini ialah tidak dibenarkan membawa makanan. Jadi, makanan perlu dibeli di kafetaria. Harga makanan? Burger ayam dan daging RM4.00. Nasi ayam RM6.00. Harga makanan lain aku tak ingat... Maaf aaa...
Di bawah ini aku paparkan foto pelbagai permainan yang terdapat di sana.







Sempat juga berposing. Kami merupakan antara pengunjung yang terakhir pulang.... Macam nak tidur di sana jer...



Berapa bintang? Aku beri * * *    ...............  Ok Lah tuuu....

Nak tahu lebih lanjut: https://www.facebook.com/pages/Melaka-Wonderland-Theme-Park-Resort/300814619074

Perlu Maklumat?