Hari ini (1 Disember 2008) aku telah menghadiri Kursus Pemantapan Headcount Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi yang bertempat di SK Taman Kota Jaya. Alhamdulillah, aku dapat memantapkan lagi ilmuku tentang headcount. Insya'allah, aku akan cuba mengaplikasikannya untuk murid-muridku agar mereka berjaya dengan cemerlang.
Pada pendapat aku, ia merupakan satu sistem yang amat baik untuk mencungkil potensi murid. Dengan adanya sistem ini, murid lebih mengetahui tahap pencapaian mereka. Di samping itu, guru-guru dan pentadbir pula dapat merangka pelan strategi yang terbaik untuk meningkatkan kecemerlangan.
Ketika ucapan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi tadi, beliau menyatakan bahawa negeri Johor telah menduduki tempat ketiga peringkat kebangsaan dalam aspek Gred Purata dalam UPSR 2008.