:: KaLiAn ::

Khamis, 20 November 2008

:: Bugiskah Aku? (2) ::

Namaku Basok Mohd Pahlawi b Basok Pallawa adalah seorang lelaki berketurunan Bugis yang masih kuat memegang nilai-nilai Bugis. Sejak kecil aku telah diajar sedikit sebanyak tentang keBugisan. Aku amat rapat dengan Puang Burane ku iaitu Puang Haji Daing Mappileh @ Haji Sali b Daing Maruak yang datang merantau ke Benut, Johor atau lebih khusus di Kampung Parit Makuaseng. Puang ku inilah yang banyak mengajar tentang Bugis. Beliau selalu bercerita tentang kampung halamannya di Paria, Wajo yang terletak di Sulawesi. 


Aku dibesarkan di Kampung Parit Makuasang, Benut yang sememangnya terkenal dengan persekitaran budaya Bugis kerana keseluruhan penduduk kampung ku ini terdiri daripada orang-orang Bugis. Boleh dikatakan hampir semua penduduk adalah bersaudara. Ialah orang Bugis kan terkenal dengan sikap persaudaraan yang tinggi dan menebal.


Aku memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Bugis, yang terletak di penghujung Jalan Seri Bugis. Maklumat yang aku ketahui bahawa tanah di mana terletaknya sekolah tersebut adalah tanah yang di wakafkan oleh Allahyarham Daing Pawindruk. Beliau merupakan datuk saudara kepadaku kerana Puang Besek Tunnuk iaitu isteri beliau adalah merupakan nenek saudaraku.


Ketika aku masih kanak-kanak, Puang Burane ku telah menggelarkan aku dengan panggilan Daing Pasanrang. Masih terngiang-ngiang di telingaku dengan suara Puang Burane ku memanggilku.. "Oh Daing Pasanrang, lomai kue.. keluk kak mbok.." (Maksudnya: Oh Daing Pasanrang, mari ke sini.. Tolong cukur kepalaku..")


Al-Fatihah buat Puang Buraneku.

Gambar Anak-anakku

Lihatlah anak-anakku yang amat ku sayangi. Gambar ini dirakam pada 19 November 2008

Gambar isteri tercinta dan anak-anakku

Gambar ini dirakam ketika bersiar-siar di Jusco Tebrau, JB, pada 19 November 2008. Inilah antara aktiviti keluarga pada hujung minggu. Selalunya sehari suntuk kami berada di sana. Bukannya membeli-belah tetapi ke Harris untuk membaca buku atau sekadar membelek-belek majalah. Apabila lapar kami akan mencari sesuatu untuk dimakan.

Gambar Kesemua cahaya mataku

Gambar dirakam pada 19 November 2008. Wahai anak-anakku, jadilah insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger