:: KaLiAn ::

Selasa, 18 Mac 2014

MH370 : FIKIR DENGAN MATA HATI

Celaru dan keliru. Itulah dua perkataan yang melekat kukuh dalam benak ini. Barangkali, bukan benakku sahaja tetapi juga benak kalian. Hmm... 

Gara-gara Misteri Keghaiban MH370, semua manusia di seantero dunia ini masih tidak henti-henti berbicara tentang hal ini. Masing-masing menjadi penunggu setia di hadapan televisyen untuk mendapatkan maklumat terkini. Lagi-lagi siaran berita Astro Awani yang menyediakan liputan hampir 24 jam sehari dengan pelbagai segmen yang menarik penonton untuk terus mengikuti siarannya. Bagi yang mempunyai talian internet maka hujung jari tidak henti-henti mengetik kata kunci "MH370 Terkini" untuk mendapatkan maklumat yang panas menggelegak lagi berasap.

Walau apa pun, baca, cari, gali, dan koreklah maklumat yang diperoleh tetapi tapis dan fikir dengan mata hati segala maklumat tersebut. Jangan sampai kita terjerat dengan umpan menarik lagi menggiurkan yang ditabur oleh pihak-pihak yang berkepentingan sehingga kita terlupa anak, isteri, keluarga dan seterusnya ummah yang selama ini bahagia di rumah yang bertuah ini.

Ingat, ‘Matlamat Menghalalkan Carakerap dikaitkan dengan Machiavelli di dalam karyanya 'The Prince' berkaitan pentadbiran negara. Ini dapat dilihat melalui ungkapannya, “In the actions of all men, we must look to the end. Let a prince, therefore, win victories and uphold his state; his methods will always be considered worthy, hence the dictum, 'the end justifies the means.’” 
(Dalam tindakan setiap manusia kita mesti melihat kepada penyudahnya (matlamat yang ingin dicapai). Jadi biarlah seorang putera(raja) mendapat kemenangan dan mempertahankan negaranya; kaedah yang diambilnya akan sentiasa dianggap berbaloi, maka timbullah pernyataan, ‘matlamat menghalalkan cara’) [Niccolo Machiavelli, The Prince]. 
Secara ringkasnya, kaedah ini bermaksud, seseorang itu boleh melakukan apa sahaja atau mengambil apa jua cara (walaupun salah) demi untuk mencapai matlamat atau tujuannya. Apa yang penting atau yang diambil kira ialah matlamat, yakni tercapainya matlamat, walau dengan apa cara sekalipun. 

Jadi, siapa yang menggunakan pendekatan 'Matlamat Menghalalkan Cara'? Hmm... 

Ketahuilah bahawa banyak pihak yang sedang memandang kita dengan pandangan yang tajam yang matanya tidak pernah beralih. Pandangan tersebut tepat ke jantung kita. 

Maklumlah, jantung bertuah inilah yang pernah digelar 'The Golden Chersonese' oleh Clifford manakala William James Perry melalui bukunya 'The Children of the Sun' yang diterbitkan pada tahun 1927 menyatakan:
"The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilization."

Selain itu, teks-teks Buddha Theravada menggelarkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Suvarnabhumi yang juga bermaksud Tanah Emas atau Semenanjung Emas.

Justeru, adakah sejarah lampau tentang kekayaan tanah berjantung ini tidak menarik perhatian pihak-pihak yang berkepentingan? 

Itu belum termasuk Sabah dan Sarawak yang kita belum tahu apa di dalamnya. Begitu juga perairan yang mengelilingi tanah bertuah ini yang masih belum diteroka sepenuhnya. Maklumat terkini :

Selain itu, Selat Melaka dan Laut China Selatan menjadi dambaan mereka. Mungkin pepatah moden ini sangat bermakna ketika ini iaitu :
"Siapa yang dapat mengawal Selat Melaka maka ia akan dapat mengawal seluruh dunia".

Mungkin pepatah moden yang berikut juga boleh diambil kira iaitu:
"Siapa yang dapat menggenggam Laut China Selatan, maka ia akan menguasai perbendaharaan harta dunia".


Sila jawab lontaran pertanyaan ini.


Siapakah gerangan yang mahu menguasai Selat Melaka?

Siapakah gerangan yang mahu menguasai Laut Cina Selatan?

Siapakah gerangan yang mahu menguasai Nusantara yang sangat strategik dan kaya dengan hasil mahsul?

Siapakah gerangan yang mahu menguasai dan mengawal dunia agar sentiasa berada di bawah tapak kakinya?

Jadi, di mana MH370?

Sedikit ceritera ingin dikongsikan.

Abang Besar mahu menguasai dunia dengan melebarkan pengaruhnya sehingga ke Nusantara yang sangat bernilai pada saat ini. Namun, Abang Long yang berkuasa di Timur menjadi penghalang. Maka diciptakan satu peristiwa yang akan menyebabkan hubungan antara Si Jantung dengan Abang Long menjadi dingin. Ingat, MH370 terdapat 152 orang anak buah Abang Long. Abang Besar mungkin menginginkan Abang Long akan membuli Si Jantung atas alasan peristiwa MH370. Lihat bilangan penumpang mengikut negara. Negara mana yang mempunyai bilangan penumpang yang paling ramai?



Lalu, Si Jantung akan meminta pertolongan daripada Abang Besar. Maka, Abang Besar seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Berbondong-bondonglah orang-orang Abang Besar datang lalu membina rumah di tanah Si Jantung. Akhirnya nanti, dapatlah Abang Besar menguasai Nusantara pada akhirnya.


Jadi, di mana MH370?
----------------------------------------
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang- orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun.


Jadi, rapatkan saf dan bersatulah di bawah satu panji. Masanya semakin hampir. 
Perancangan Allah tetap berjalan.
Wallahua'lam.

Amaran : Penulisan di atas hanyalah khayalan semata-mata yang tidak melibatkan mana-mana pihak. Jangan peduli sekiranya tidak mahu ambil peduli. Harap maklum.

Kepada Allah Berserah.


Sampaikanlah walau sepotong ayat.

Sabtu, 15 Mac 2014

MISTERI MH370 : SUATU CETUSAN RASA YANG MENCABAR MINDA!!!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG


Keghaiban MH370 masih belum terungkai. Tiada secebis petunjuk yang ditemui oleh pelbagai negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Dikatakan aset yang terlibat mencecah 83 meliputi 43 kapal dan 40 pesawat daripada pelbagai negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 26 kapal dan 25 pesawat menumpukan pencarian di Laut China Selatan manakala 17 kapal dan 15 pesawat di Selat Melaka. 




Seandainya masyarakat dunia mahu pun rakyat negara ini mengatakan bahawa negara ini gagal dalam merungkai misteri, ketahuilah, bukan negara ini sahaja yang terlibat dalam SAR tetapi juga disertai oleh pelbagai negara lain termasuklah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat juga China yang mempunyai aset yang dilengkapi teknologi terkini. Jadi, mereka juga gagal dalam menguak misteri ini. Sesungguhnya, misteri MH370 masih belum terjawab.

Banyak pendapat yang dikongsikan oleh pelbagai lapisan masyarakat akan misteri kehilangan MH370 yang menjadi fenomena di bumi ketika ini. Pendapat-pendapat ini dinyatakan samada di warung kopi, di tempat kerja, di laman sosial juga di laman web. Media-media massa seluruh dunia berlumba-lumba untuk mencari berita yang terkini berkaitan peristiwa ini. Bukan sahaja berita yang benar tetapi juga berita palsu yang disensasikan oleh mereka bagi tujuan komersial.

Justeru, berhati-hatilah. Jangan kita terlibat dalam penyebaran berita palsu dan fitnah yang cuba memburuk-burukkan pihak yang tertentu oleh pihak yang berkepentingan. Jauhilah diri kita daripada unsur-unsur yang boleh menyebabkan kita jatuh miskin di 'sana'.

Ketahuilah juga akan, jarum-jarum pecah-belah yang telah disuntik tepat ke 'jantung' kita agar kita khayal dan lalai sehingga kita menari mengikut gendang yang dipalu oleh pihak luar yang sememangnya telah lama memfokuskan tanah ber'jantung' ini untuk diratah semahunya. Jika 'jantung' sudah dikuasai, maka mudahlah untuk menguasai dan mengawal seluruh jasad bumi. 

Bagi pembaca yang gemar berfikir di luar kotak dan yang suka mencabar minda dicadangkan agar bacalah artikel di


juga di


(Kredit kepada Brado Kapak dan Shah Paskal)

Ingat : 
Hanya pembaca yang kritis sahaja dibenarkan membacanya.

Sesungguhnya, perancangan Allah tetap berjalan.
Bismillah

A048
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?

A049
Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).
A050
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.

Kepada Allah kita berserah.

Sampaikanlah walau sepotong ayat.

Rabu, 12 Mac 2014

MISTERI KEGHAIBAN MH370


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

MH370 telah menjadi fenomena yang melanda seluruh pelusuk bumi. Semua mata, telinga, mulut dan pemikiran majoriti manusia tertumpu di negara yang tercinta ini. 

Segala macam spekulasi yang tercetus melalui pemikiran bijak pandai dan yang memandai-mandai dalam segala ilmu samada ilmu penerbangan, pelayaran, penyelaman, pengimejan, ilmu penggunaan peralatan yang canggih dan sofistikated seperti kapal terbang, kapal laut, kapal selam, ilmu geografi dan pelbagai cabang ilmu telah digembleng dan diguna bagi menyelesaikan misteri ini. 

Ada juga yang berspekulasi mengaitkan misteri ini dengan kemelut politik dalaman negara yang semakin meruncing. 

Terdapat juga bijak pandai yang ahli akan kemelut politik antarabangsa berspekulasi mengaitkannya dengan penglibatan negara-negara tertentu yang cuba untuk menguasai negara yang strategik ini secara halus. Bagaimana? Melalui peristiwa MH370 ini, negara-negara tersebut menawarkan bantuan mencari dan menyelamat yang melibatkan segala peralatan termasuk aset-aset ketenteraan samada di Laut China Selatan mahupun di Selat Melaka yang menjadi rebutan antara kuasa-kuasa besar tersebut. Ada yang mengaitkannya dengan syiah, iaitu balas dendam penganutnya yang ekstrim yang ingin mengajar negara ini kerana ketegasan dalam mengekang pengaruh syiah. Konflik antara Rusia dan Ukraine juga turut dikaitkan.

Ahhh, terlalu banyak spekulasi, pendapat, cadangan, buah fikiran dan hipotesis daripada para bijak pandai dan juga yang memandai-mandai!


Setelah membaca pelbagai komentar tentang misteri ini melalui Facebook rakan-rakan dan pelbagai blog pilihan, pemikiranku jadi celaru dan keliru. Kebanyakan hipotesis disertai dengan hujah-hujah yang nampak realistik, jadi siapa sebenarnya yang betul dan benar? Aduhai, memang berat fenomena ini!

Selepas menunaikan solat Subuh pagi tadi, aku teringat akan saranan sahabat merangkap guru aku. Katanya, seandainya menghadapi persoalan, tanyalah Allah SWT melalui Al-Qur'an yang penuh mukjizat. Aku segera mencapai Al-Qur'an. Aku pohon kepada Allah agar memberi petunjuk tentang kemelut ini, sambil memejamkan mata aku membuka lembaran Al-Qur'an dan aku dapati jari telunjukku menunjuk tepat kepada ayat 40 Surah An-Nur. Aku terus membacanya dan hatiku amat tersentuh akan terjemahannya. Subhanallah. Allahuakbar. Aku tidak mampu berkata-kata. Hanya sebak di dada dan rindu akanNya.
Bacalah:

A001

A040
"Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)."

Walau apa pun perkara yang bermain dalam pemikiran berkaitan misteri ini, sesungguhnya ia dalam perancangan Allah SWT.   Samada MH370 dijumpai dengan selamat atau sebaliknya, samada teori spekulasi dan hipotesis yang dihujahkan oleh para bijak pandai dan yang memandai-mandai itu benar atau pun salah, jadual Allah SWT tetap berjalan. Allah mahu menunjukkan kepada kita bahawa segala ciptaan dan pemikiran manusia itu tidak dapat menandingi kekuasaan dan ilmuNya. Tiada daya upaya kita melainkan dengan izinNya. Pulangkan ia kepada Allah SWT. 

Subhanallah. Daripada Allah kita datang, kepadaNya jua sebaik-baik tempat kembali. Cukuplah Allah bagi kita.
Wallahua'lam.

"Sampaikanlah walau sepotong ayat"

Perlu Maklumat?