:: KaLiAn ::

Ahad, 30 November 2008

Selamat Hari Lahir untuk Etta Makunraiku yang ke 64 tahun

Inilah ibuku yang tersayang. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dunia dan akhirat, Insya'allah. Terima kasih atas segalanya dan doakanlah kebahagiaan anak sulungmu ini di dunia dan akhirat, I Love U Mum.

Menghadiri Mesyuarat Penggubalan Kurikulum anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum

Aku telah menghadiri mesyuarat tersebut yang berlangsung di Sri Cempaka Service Suitte, Cheras, Kuala Lumpur selama 4 hari bermula pada 25 hingga 28 November 2008. Di sini aku telah mendapat ramai kawan baru dan sempat bertukar-tukar fikiran tentang kerjaya. Namun, aku amat merindui keluargaku yang aku tinggalkan selama 6 hari di Kampung Petalin Baru, Bidor. Kampung ini merupakan kampung isteriku yang tercinta. Semasa aku menaip catatan ini, mereka masih di sana dan aku di rumahku di Kota Tinggi. Aku terpaksa pulang sendirian selepas menghadiri mesyuarat di KL kerana aku akan menghadiri satu kursus berkaitan kerjayaku yang akan bermula pada 1 hingga 2 Disember 2008.
Walau apa pun, inilah namanya pengorbanan. Cuba bayangkan jemaah haji dan anggota pasukan keselamatan yang meninggalkan keluarga untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Betapa besarnya pengorbanan mereka. Doakanlah agar mereka diberkati dunia dan akhirat.

Menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Bugis Negeri Johor Cawangan Kota Tinggi

Pada hari Sabtu 22 November 2008, aku telah menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Bugis Negeri Johor Cawangan Kota Tinggi bertempat di rumah Tuan Haji Kadir b Basok di Felda Air Tawar 4. Tuan Haji Kadir b Basok merupakan Yang Dipertua PBNJ Cawangan Kota Tinggi. Aku telah dipilih sebagai AJK Cawangan Kota Tinggi dan juga sebagai perwakilan ke Mesyuarat Agung Persatuan Bugis Negeri Johor yang akan berlangsung di Pusat Peladang, Rengit, Batu Pahat pada 25 Disember 2008 akan datang. Insya'allah, aku akan cuba menunaikan tanggungjawabku sebaik mungkin demi agama, bangsa dan negara.

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger