:: KaLiAn ::

Sabtu, 15 Disember 2012

:: Cik T Terperangkap ::

Cik T comel. 
Cik T juga periang. 
Namun, Cik T pemalu. 
Pemalu sangat. 
Jarang mahu bertemu, inikan pula berbual.
Cik T memang suka bersendirian. 
Entah apa yang ditakutkannya. 
Mungkin, Cik T berpegang teguh akan nasihat ibu bapanya iaitu jangan terlalu percayakan orang.
Tetapi kini,
segala kata-kata dan pesanan ibu bapanya terngiang-ngiang di dalam kotak fikirnya.
Maafkan T ayah dan ibu.
T leka, lalai, alpa dan lupa.
T... T.... Terperangkap.







Moral of the story : 
Andai mudah digula-gulakan, kelak nanti binasa badan.

:: Akhirnya, Cempedak Di Luar Pagar Jadi...... ::

Ketika lawatan secara ad hoc ke dusun abang iparku yang terletak di luar pagar, aku ternampak beberapa benda hijau yang mula mengharum bergayut pada batang pokok.
Semakin aku dekat semakin ia mengharum.
Perghhhh....
Ye ye ooo jek....

Benda hijau bergayut pada batang pokok.
Isi cempedak sudah dikeluarkan.
Manisnya dimakan begitu saja.
Isi cempedak dicelup dengan adunan tepung.
Goreng pun sedap......
Cempedak goreng yang rangup dan manis.
Akhirnya, jadi cempedak goreng.

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger