Terfikir juga keadaan rakan-rakan guru yang perlu melengkapkan data-data tersebut dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Mana nak fikir mengajar, pengisian data dan sebagainya. Aduhai..... Kasihan sungguh.
Sampai sahaja di rumah selepas penat melalui ketensionan seharian, anakku menghulurkan satu lipatan kertas. Anakku meminta aku membaca muka hadapan lipatan kertas itu.
"Warkah apa pula ni?" hati kecilku berbisik. |
Di belakang lipatan kertas itu tertulis.......... |
Aku mula bersemangat untuk membaca coretan seterusnya...... |
Hatiku mula dihimpit perasaan terharu yang melampau selepas membaca isi kandungannya.... |
Alhamdulillah, keputusan UPSR yang tercatat di atas boleh dikatakan baik...... |
Untuk makluman, aku pernah bertugas di sebuah sekolah Tamil di daerah Kota Tinggi. Anak muridku ini, kini di dalam tingkatan dua. Aku pernah menjadi gurunya semasa dia darjah 4 dan 5.
Buat Yamuna dan anak-anak murid SJKTJT, papa sayang dan rindu akan kalian. Buatlah yang terbaik untuk diri, keluarga dan negara ini.
:: TeRiMa KaSiH YaMuNa ::