:: KaLiAn ::

Isnin, 1 Disember 2008

Menghadiri Kursus Pemantapan Headcount Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi

Hari ini (1 Disember 2008) aku telah menghadiri Kursus Pemantapan Headcount Sekolah-sekolah Daerah Kota Tinggi yang bertempat di SK Taman Kota Jaya. Alhamdulillah, aku dapat memantapkan lagi ilmuku tentang headcount. Insya'allah, aku akan cuba mengaplikasikannya untuk murid-muridku agar mereka berjaya dengan cemerlang.
Pada pendapat aku, ia merupakan satu sistem yang amat baik untuk mencungkil potensi murid. Dengan adanya sistem ini, murid lebih mengetahui tahap pencapaian mereka. Di samping itu, guru-guru dan pentadbir pula dapat merangka pelan strategi yang terbaik untuk meningkatkan kecemerlangan.
Ketika ucapan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi tadi, beliau menyatakan bahawa negeri Johor telah menduduki tempat ketiga peringkat kebangsaan dalam aspek Gred Purata dalam UPSR 2008.

Ahad, 30 November 2008

Selamat Hari Lahir untuk Etta Makunraiku yang ke 64 tahun

Inilah ibuku yang tersayang. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dunia dan akhirat, Insya'allah. Terima kasih atas segalanya dan doakanlah kebahagiaan anak sulungmu ini di dunia dan akhirat, I Love U Mum.

Menghadiri Mesyuarat Penggubalan Kurikulum anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum

Aku telah menghadiri mesyuarat tersebut yang berlangsung di Sri Cempaka Service Suitte, Cheras, Kuala Lumpur selama 4 hari bermula pada 25 hingga 28 November 2008. Di sini aku telah mendapat ramai kawan baru dan sempat bertukar-tukar fikiran tentang kerjaya. Namun, aku amat merindui keluargaku yang aku tinggalkan selama 6 hari di Kampung Petalin Baru, Bidor. Kampung ini merupakan kampung isteriku yang tercinta. Semasa aku menaip catatan ini, mereka masih di sana dan aku di rumahku di Kota Tinggi. Aku terpaksa pulang sendirian selepas menghadiri mesyuarat di KL kerana aku akan menghadiri satu kursus berkaitan kerjayaku yang akan bermula pada 1 hingga 2 Disember 2008.
Walau apa pun, inilah namanya pengorbanan. Cuba bayangkan jemaah haji dan anggota pasukan keselamatan yang meninggalkan keluarga untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Betapa besarnya pengorbanan mereka. Doakanlah agar mereka diberkati dunia dan akhirat.

Menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Bugis Negeri Johor Cawangan Kota Tinggi

Pada hari Sabtu 22 November 2008, aku telah menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Bugis Negeri Johor Cawangan Kota Tinggi bertempat di rumah Tuan Haji Kadir b Basok di Felda Air Tawar 4. Tuan Haji Kadir b Basok merupakan Yang Dipertua PBNJ Cawangan Kota Tinggi. Aku telah dipilih sebagai AJK Cawangan Kota Tinggi dan juga sebagai perwakilan ke Mesyuarat Agung Persatuan Bugis Negeri Johor yang akan berlangsung di Pusat Peladang, Rengit, Batu Pahat pada 25 Disember 2008 akan datang. Insya'allah, aku akan cuba menunaikan tanggungjawabku sebaik mungkin demi agama, bangsa dan negara.

Khamis, 20 November 2008

:: Bugiskah Aku? (2) ::

Namaku Basok Mohd Pahlawi b Basok Pallawa adalah seorang lelaki berketurunan Bugis yang masih kuat memegang nilai-nilai Bugis. Sejak kecil aku telah diajar sedikit sebanyak tentang keBugisan. Aku amat rapat dengan Puang Burane ku iaitu Puang Haji Daing Mappileh @ Haji Sali b Daing Maruak yang datang merantau ke Benut, Johor atau lebih khusus di Kampung Parit Makuaseng. Puang ku inilah yang banyak mengajar tentang Bugis. Beliau selalu bercerita tentang kampung halamannya di Paria, Wajo yang terletak di Sulawesi. 


Aku dibesarkan di Kampung Parit Makuasang, Benut yang sememangnya terkenal dengan persekitaran budaya Bugis kerana keseluruhan penduduk kampung ku ini terdiri daripada orang-orang Bugis. Boleh dikatakan hampir semua penduduk adalah bersaudara. Ialah orang Bugis kan terkenal dengan sikap persaudaraan yang tinggi dan menebal.


Aku memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Bugis, yang terletak di penghujung Jalan Seri Bugis. Maklumat yang aku ketahui bahawa tanah di mana terletaknya sekolah tersebut adalah tanah yang di wakafkan oleh Allahyarham Daing Pawindruk. Beliau merupakan datuk saudara kepadaku kerana Puang Besek Tunnuk iaitu isteri beliau adalah merupakan nenek saudaraku.


Ketika aku masih kanak-kanak, Puang Burane ku telah menggelarkan aku dengan panggilan Daing Pasanrang. Masih terngiang-ngiang di telingaku dengan suara Puang Burane ku memanggilku.. "Oh Daing Pasanrang, lomai kue.. keluk kak mbok.." (Maksudnya: Oh Daing Pasanrang, mari ke sini.. Tolong cukur kepalaku..")


Al-Fatihah buat Puang Buraneku.

Gambar Anak-anakku

Lihatlah anak-anakku yang amat ku sayangi. Gambar ini dirakam pada 19 November 2008

Gambar isteri tercinta dan anak-anakku

Gambar ini dirakam ketika bersiar-siar di Jusco Tebrau, JB, pada 19 November 2008. Inilah antara aktiviti keluarga pada hujung minggu. Selalunya sehari suntuk kami berada di sana. Bukannya membeli-belah tetapi ke Harris untuk membaca buku atau sekadar membelek-belek majalah. Apabila lapar kami akan mencari sesuatu untuk dimakan.

Gambar Kesemua cahaya mataku

Gambar dirakam pada 19 November 2008. Wahai anak-anakku, jadilah insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Ahad, 16 November 2008

Indok Nur Zulfah, anak bongsuku

Indok Nur Zulfah merupakan cahaya mata ku yang kelima. Setakat dia adalah anak bongsuku. Amacam comel tak?

Sabtu, 15 November 2008

Indok Nur Maryam Puteri Sulung Ku

Inilah cahaya mata ku yang pertama. Indok Nur Maryam namanya..

Puteri Kedua ku, Indok Nur Amirah

Inilah gambar puteri kedua ku. Nama yang ku berikan kepadanya ialah Indok Nur Amirah.

Indok Nur Ulfah Puteriku

Indok Nur Ulfah merupakan puteri ku yang ke tiga. Kami memanggilnya dengan nama ULFAH sahaja. Ulfah ni pantang tengok kamera.. Terus nak bergaya sahaja..

Daing Akid Puteraku


Inilah satu-satunya puteraku yang ku beri nama Daing Akid. Ketika gambar ini dirakam.. dia berumur 3 tahun.

Kerjayaku

Aku seorang guru yang mengajar di sebuah SJKT dalam daerah Kota Tinggi, Johor. Sebelum ini, aku pernah mengajar di SKLHS juga dalam daerah yang sama. Di sini lah aku dipertemukan dengan isteri yang tercinta. Nostalgia gitu...
Kepada guru-guru di SKLHS, teruskan perjuangan mendidik anak bangsa kita. Kepada guru-guru di SJKTJT, kalian adalah sahabat yang baik. Teruskan membina kecemerlangan.

Jumaat, 14 November 2008

Keluargaku Tersayang

Aku dah berumahtangga dengan pilihan hati. Aku mengenali buah hati aku ketika enam bulan bekerja di tempat yang sama. Gadis yang beruntung itu ialah Juriah bt Mohamed Bahari. Entah.. Aku yang beruntung atau dia yang beruntung... Emm.. Kira dua-dua beruntung lah.. Kami dianugerahkan dengan lima cahaya mata yang keletah... Setakat ini mungkin lima... tak tau lah akan datang... Rezeki jangan ditolak..

:: Bugiskah Aku? ::

Namaku Basok Mohd Pahlawi b Basok Pallawa adalah seorang lelaki berketurunan Bugis yang masih kuat memegang nilai-nilai Bugis. Sejak kecil aku telah diajar sedikit sebanyak tentang keBugisan. Aku amat rapat dengan Puang Burane ku iaitu Puang Haji Daing Mappileh @ Haji Sali b Daing Maruak yang datang merantau ke Benut, Johor atau lebih khusus di Kampung Parit Makuaseng. Puang ku inilah yang banyak mengajar tentang Bugis. Beliau selalu bercerita tentang kampung halamannya di Paria, Wajo yang terletak di Sulawesi. 


Aku dibesarkan di Kampung Parit Makuasang, Benut yang sememangnya terkenal dengan persekitaran budaya Bugis kerana keseluruhan penduduk kampung ku ini terdiri daripada orang-orang Bugis. Boleh dikatakan hampir semua penduduk adalah bersaudara. Ialah orang Bugis kan terkenal dengan sikap persaudaraan yang tinggi dan menebal.


Aku memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Bugis, yang terletak di penghujung Jalan Seri Bugis. Maklumat yang aku ketahui bahawa tanah di mana terletaknya sekolah tersebut adalah tanah yang di wakafkan oleh Allahyarham Daing Pawindruk. Beliau merupakan datuk saudara kepadaku kerana Puang Besek Tunnuk iaitu isteri beliau adalah merupakan nenek saudaraku.


Ketika aku masih kanak-kanak, Puang Burane ku telah menggelarkan aku dengan panggilan Daing Pasanrang. Masih terngiang-ngiang di telingaku dengan suara Puang Burane ku memanggilku.. "Oh Daing Pasanrang, lomai kue.. keluk kak mbok.." (Maksudnya: Oh Daing Pasanrang, mari ke sini.. Tolong cukur kepalaku..")


Al-Fatihah buat Puang Buraneku..

Perlu Maklumat?