:: KaLiAn ::

Rabu, 19 Jun 2013

:: Jalan2.com - Siri 6 - Makan-makan di Warung Makan Riung Sari, Pulau Karimun ::

Teringin makan makanan dan minuman yang istimewa di Pulau Karimun? 
Warung Makan Riung Sari tidak akan mengecewakan kalian. 
Mungkin jika selama ini hanya makanan Malaysia yang menjadi santapan, namun di sini sememangnya akan mengubah kebiasaan tekak kalian.
Ikan gurame dengan pelbagai masakan, karedok serta minuman yang pelbagai jenis. 
Jus buah-buahan yang pekat seperti jus oren, mangga, tomato, jagung, epal, timun dan paling istimewa jus alpukat @ avocado. 
Itupun jika kalian inginkan kelainan. 

Buku menu.

Disambut dengan paluan gong.

Tempat makan pilihan kami di tengah kolam.

Teruja dengan jus buah-buahan yang istimewa.

Jus alpukat yang pekat.

Jus jagung.

Bekas nasi yang unik.

Alamak, lupa pula nama makanan ini.

Ikan gurame goreng yang spesial.

Sotong goreng tepung

Karedok

Sup sayur

Gurame bakar

Juadah yang penuh di atas meja.

Nahhhh..... L I C I N . com

Sempat berposing di papan tanda warung makan tersebut. Dahulu dikenali sebagai Riung Kuring. Sekarang dikenali sebagai Riung Sari.
::  C U B A L A H  ::

Khamis, 13 Jun 2013

:: Jalan2.com - Siri 5 - Isi Minyak Uji Kesabaran ::

Masih cerita tentang pengalaman bercuti di Tanjung Balai, Pulau Karimun.
Setelah pemandu kereta yang kami sewa membawa kami ke tempat-tempat menarik di Tanjung Balai, beliau berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Menurutnya, ia adalah satu-satunya stesen minyak yang terdapat di sana.
Saya pun tidak pasti sama ada benar ataupun tidak. Mungkin juga benar kerana sepanjang perjalanan tidak pula terlihat stesen minyak yang lain. Tetapi, minyak petrol yang diisi di dalam botol banyak dijual di tepi-tepi jalan.
Saya dan rakan hanya terpaku menyaksikan barisan penunggang motosikal di Pulau Karimun yang sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak. Mereka berbaris dengan tertib tanpa memotong barisan. Lihatlah betapa tertibnya mereka. 
Bagaimana dengan kita di Malaysia?
Foto-foto di bawah menggambarkan cerita.

Dari jauh kelihatan penunggang motosikal berbaris untuk mengisi minyak.






Ruang untuk mengisi minyak bagi kenderaan empat roda yang agak lengang.

Barisan penunggang motosikal.


Masih sempat berbual.
Penantian berbaloi juga akhirnya.
Hanya ucapan syukur sentiasa basah di bibir mengenangkan nikmat kemewahan, kemudahan dan kesenangan yang dikecapi di negara bertuah Malaysia.

:: Jalan2.com - Siri 4 - Makanan Pertama di Tanjung Balai : Makan-makan di Pondok Otek ::

Masih cerita tentang pengalaman bercuti di Tanjung Balai. 
Makanan pertama kami di Tanjung Balai? 
Hanya mampu "Senyum Tak Perlu Kata Apa-apa"
Kami dibawa ke Pondok Otek untuk menikmati makanan pertama kami. 

Foto-foto di bawah menceritakan segalanya.

Pondok Otek

Antara lauk yang disediakan.

Siput sedut kesukaanku.....

Sotong masak asam?

Sambal ikan bilis kecil yang sangat sedap.

Kerang yang masih segar.

Sambal udang yang menyebabkan dua pinggan nasi menjadi mangsa.

Asam pedas ikan pari.

Ulam vs sambal belacan yang membuka selera.

Urap secukup rasa.

Bekas nasi yang unik.

Khusyuk menikmati makanan pertama yang sangat menyelerakan. 

Tambah jangan tak tambah...

Ini baru sedap. L I C I N.com

Kalian tidak akan menyesal. 

Perlu Maklumat?