Cuti hujung tahun ni ke mana? Dah buat perancangan? Baiklah. Saya cadangkan agar kalian bawa keluarga ke Bukit Gambang Water Park. Sebenarnya saya dah bawa keluarga ke sana pada cuti sekolah pertengahan tahun pada 4 Jun 2012 yang lalu. Memang menyeronokkan. Anak-anak jangan cerita, kalau boleh nak tinggal terus di sana. Tiket masuk bagi dewasa RM21.90 manakala kanak-kanak pula RM14.90. Percuma bagi kanak-kanak yang ketinggiannya kurang daripada 90cm.
Di bawah ini, saya tunjukkan gambar ketika kami di sana.
|
Lazy river antara yang terbaik. Duduk santai atas pelampung sambil dibawa arus. Perghhh... Boleh tertidur tu.... |
|
Menunggu pirana memuntahkan air. |
|
Pirana sudah memuntahkan air. |
Di bawah ini saya paparkan gambar iklan Rumah Tamu atau Home Stay di Taman Gambang Jaya. Bagi pemilik rumah tamu yang saya paparkan ini, jangan lupa bagi diskaun kepada saya sekiranya saya hendak menginap di rumah tamu kalian. Promosi dan publisiti untuk membantu perniagaan kalian. Semoga kita semua beroleh rahmat. Amin.
Jadi, pergi jangan tak pergi..... seronok woooo...