:: KaLiAn ::

Sabtu, 15 Mac 2014

MISTERI MH370 : SUATU CETUSAN RASA YANG MENCABAR MINDA!!!

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG


Keghaiban MH370 masih belum terungkai. Tiada secebis petunjuk yang ditemui oleh pelbagai negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Dikatakan aset yang terlibat mencecah 83 meliputi 43 kapal dan 40 pesawat daripada pelbagai negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 26 kapal dan 25 pesawat menumpukan pencarian di Laut China Selatan manakala 17 kapal dan 15 pesawat di Selat Melaka. 




Seandainya masyarakat dunia mahu pun rakyat negara ini mengatakan bahawa negara ini gagal dalam merungkai misteri, ketahuilah, bukan negara ini sahaja yang terlibat dalam SAR tetapi juga disertai oleh pelbagai negara lain termasuklah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat juga China yang mempunyai aset yang dilengkapi teknologi terkini. Jadi, mereka juga gagal dalam menguak misteri ini. Sesungguhnya, misteri MH370 masih belum terjawab.

Banyak pendapat yang dikongsikan oleh pelbagai lapisan masyarakat akan misteri kehilangan MH370 yang menjadi fenomena di bumi ketika ini. Pendapat-pendapat ini dinyatakan samada di warung kopi, di tempat kerja, di laman sosial juga di laman web. Media-media massa seluruh dunia berlumba-lumba untuk mencari berita yang terkini berkaitan peristiwa ini. Bukan sahaja berita yang benar tetapi juga berita palsu yang disensasikan oleh mereka bagi tujuan komersial.

Justeru, berhati-hatilah. Jangan kita terlibat dalam penyebaran berita palsu dan fitnah yang cuba memburuk-burukkan pihak yang tertentu oleh pihak yang berkepentingan. Jauhilah diri kita daripada unsur-unsur yang boleh menyebabkan kita jatuh miskin di 'sana'.

Ketahuilah juga akan, jarum-jarum pecah-belah yang telah disuntik tepat ke 'jantung' kita agar kita khayal dan lalai sehingga kita menari mengikut gendang yang dipalu oleh pihak luar yang sememangnya telah lama memfokuskan tanah ber'jantung' ini untuk diratah semahunya. Jika 'jantung' sudah dikuasai, maka mudahlah untuk menguasai dan mengawal seluruh jasad bumi. 

Bagi pembaca yang gemar berfikir di luar kotak dan yang suka mencabar minda dicadangkan agar bacalah artikel di


juga di


(Kredit kepada Brado Kapak dan Shah Paskal)

Ingat : 
Hanya pembaca yang kritis sahaja dibenarkan membacanya.

Sesungguhnya, perancangan Allah tetap berjalan.
Bismillah

A048
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?

A049
Dan bagi Allah jualah tunduk sujud apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka (malaikat-malaikat itu) tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepadaNya).
A050
Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.

Kepada Allah kita berserah.

Sampaikanlah walau sepotong ayat.

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger