Aku telah menghadiri mesyuarat tersebut yang berlangsung di Sri Cempaka Service Suitte, Cheras, Kuala Lumpur selama 4 hari bermula pada 25 hingga 28 November 2008. Di sini aku telah mendapat ramai kawan baru dan sempat bertukar-tukar fikiran tentang kerjaya. Namun, aku amat merindui keluargaku yang aku tinggalkan selama 6 hari di Kampung Petalin Baru, Bidor. Kampung ini merupakan kampung isteriku yang tercinta. Semasa aku menaip catatan ini, mereka masih di sana dan aku di rumahku di Kota Tinggi. Aku terpaksa pulang sendirian selepas menghadiri mesyuarat di KL kerana aku akan menghadiri satu kursus berkaitan kerjayaku yang akan bermula pada 1 hingga 2 Disember 2008.
Walau apa pun, inilah namanya pengorbanan. Cuba bayangkan jemaah haji dan anggota pasukan keselamatan yang meninggalkan keluarga untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Betapa besarnya pengorbanan mereka. Doakanlah agar mereka diberkati dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan