:: KaLiAn ::

Jumaat, 14 November 2008

:: Bugiskah Aku? ::

Namaku Basok Mohd Pahlawi b Basok Pallawa adalah seorang lelaki berketurunan Bugis yang masih kuat memegang nilai-nilai Bugis. Sejak kecil aku telah diajar sedikit sebanyak tentang keBugisan. Aku amat rapat dengan Puang Burane ku iaitu Puang Haji Daing Mappileh @ Haji Sali b Daing Maruak yang datang merantau ke Benut, Johor atau lebih khusus di Kampung Parit Makuaseng. Puang ku inilah yang banyak mengajar tentang Bugis. Beliau selalu bercerita tentang kampung halamannya di Paria, Wajo yang terletak di Sulawesi. 


Aku dibesarkan di Kampung Parit Makuasang, Benut yang sememangnya terkenal dengan persekitaran budaya Bugis kerana keseluruhan penduduk kampung ku ini terdiri daripada orang-orang Bugis. Boleh dikatakan hampir semua penduduk adalah bersaudara. Ialah orang Bugis kan terkenal dengan sikap persaudaraan yang tinggi dan menebal.


Aku memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Seri Bugis, yang terletak di penghujung Jalan Seri Bugis. Maklumat yang aku ketahui bahawa tanah di mana terletaknya sekolah tersebut adalah tanah yang di wakafkan oleh Allahyarham Daing Pawindruk. Beliau merupakan datuk saudara kepadaku kerana Puang Besek Tunnuk iaitu isteri beliau adalah merupakan nenek saudaraku.


Ketika aku masih kanak-kanak, Puang Burane ku telah menggelarkan aku dengan panggilan Daing Pasanrang. Masih terngiang-ngiang di telingaku dengan suara Puang Burane ku memanggilku.. "Oh Daing Pasanrang, lomai kue.. keluk kak mbok.." (Maksudnya: Oh Daing Pasanrang, mari ke sini.. Tolong cukur kepalaku..")


Al-Fatihah buat Puang Buraneku..

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger