:: KaLiAn ::

Rabu, 28 November 2012

:: Badik Bugis La Gecong Pusaka Leluhur ::

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh buat para tetamu yang budiman. 
Kalian pernah melihat badik Bugis? 
Pada kali ini, aku ingin berkongsi foto badik Bugis yang aku simpan. Badik ini merupakan warisan daripada leluhurku. Ia dinamakan LA GECONG. Dengan izin Allah, ia telah menjadi 'teman setia'ku hampir dua puluh tahun sehingga kini. Menurut datukku, bilah keris ini daripada daun / pelepah sagu yang dipicit-picit dengan menggunakan jari sehingga bilahnya menjadi seperti sekarang. Namun, jika diamati bilahnya, seperti ada kesan picitan. Wallahu'alam.
Di bawah ini aku kongsikan foto-foto La Gecong ku.



 


















Menurut orang Bugis badik merupakan sebuah benda budaya yang akan meningkatkan identiti diri seseorang, terutama bagi kaum lelaki
Pepatah Bugis tentang badik:
“Taniya ugi narekko de’na punnai kawali” 
(Bukan seorang Bugis jika tidak memiliki badik).

Semoga ia bermanfaat buatku dan keturunanku pada masa akan datang. 
In Shaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger