Ketika itu kulihat anak-anak muridku mengantuk. Entah apa yang mereka lakukan pada waktu malam agaknya. Mungkin mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam.
Untuk mengelakkan pengajaran dan pembelajaranku kaku, aku cuba mencari idea untuk menarik perhatian mereka terhadap pengajaranku.
Fikir punya fikir, ~walah~ Ya, aku dapat satu idea setelah terpandang sepohon betik di tepi pagar sekolah berhampiran tingkap kelasku.
Sekadar gambar hiasan |
Dengan nada serius, aku meminta murid-muridku agar memberi perhatian terhadapku. Aku mengangkat jari telunjuk tangan kananku lalu ku letakkan di atas kepala. Kemudian, aku tunjuk ke arah pohon betik tersebut lantas mengemukakan soalan cepu emas kepada mereka iaitu:
Pohon betik itu, lelaki atau perempuan?
Setelah mendengar soalan yang aku kemukakan, anak muridku melopong sambil menggaru-garu kepala yang aku rasa memang tidak gatal. Mereka mula bersoal jawab sesama mereka. Ada di antara mereka yang cuba menjawab tetapi tidak dapat menyatakan huraian jawapan mereka.
Setelah keadaan agak meriah tidak seperti pada awal tadi, dan aku rasa mereka sudah segar dengan soalan cepu emas. Jadi aku memberikan jawapan iaitu:
lelaki
Keadaan kelas semakin riuh kerana mereka mahu mengetahui mengapa jawapannya begitu.
Dengan muka yang selamba aku terangkan kepada mereka formula jawapan, iaitu :
betik = papaya
papa = ayah
ayah = lelaki
Anak muridku tercengang sebentar dengan formula jawapan yang ku berikan, lalu memonyongkan bibir kemudian ketawa berdekah-dekah sambil menepuk meja.
Setelah keadaan terkawal, aku pun mula dengan topik pembelajaran pada hari tersebut.
Alhamdulillah, mereka ceria mengikuti pengajaranku pada hari itu.
Buat anak-anak muridku yang terlibat dengan cerita ini atau pun tidak, walau di mana jua kalian berada, sesungguhnya aku rindu akan kalian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan