:: KaLiAn ::

Rabu, 12 Disember 2012

:: Cinta Cik Sate ::

Cinta Cik Sate? Apa pulak ni? Macam mana boleh cinta beralih arah. 
Ahhh... biasalah. 
Untuk makluman kalian, aku sememangnya cinta akan Cik Sate. 
Full stop. 
Peduli apa dengan cakap-cakap orang.
Isteri aku pun hanya diam membisu seribu bahasa. 
Alahhh..... sebelum aku memulakan hidup dengan isteriku, aku terlebih dahulu mencintai Cik Sate. 
Anak-anak aku pun tahu akan cintaku itu. Mereka pun sudah mula menyayangi Cik Sate.
So what?
Ada aku kesah dengan kata-kata orang......
Tak perlu kata apa-apa

S  E  N  Y  U  M







Tempat dating bersama Cik Sate setiap kali balik kampung.
Cik Sate yang menggiurkan
Meleleh air liur.
Cik Bawang dan Cik Timun yang sering menemani Cik Sate sehidup semati.
Tempat mandian spa Cik Sate.
Bahan lulur badan Cik Sate yang menambahkan selera.
Tempat mandi dan spa yang telah bersedia menerima Cik Sate.
Cik Bawang dan Cik Timun sempat berposing.
Siapa pulak ni?
Buat Cik Sate yang amat ku cintai.
Sesungguhnya dirimu akan sentiasa ku rindui.
Tetaplah dengan temu janji kita di R n R Dengkil, ELITE, Utara atau Selatan.
Terima kasih Cik Sate.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger