:: KaLiAn ::

Selasa, 11 Disember 2012

:: Dusun Satnike Buah? ::

Tentu kalian tertanya-tanya, ape ke he nye tajuk entry kali ini. Mungkin kalian faham perkataan buah aja. Apa ke benda yang 'satnike' ni? Perkataan satnike ni popular di Perak. Maksudnya pelbagai atau bermacam-macam.

Alhamdulillah, 9 Disember 2012 sampai juga di kampung isteri iaitu di Kampung Petalin Baru, Bidor, Perak.

Semalam 10 Disember 2012 sempat buat lawatan ke dusun yang dimiliki oleh abang ipar yang letaknya betul-betul bersebelahan rumah pusaka.

Subhanallah, satnike pokok buah-buahan yang terdapat dalam dusun tersebut. Kebanyakannya sudah mengeluarkan hasil. Ada manggis, rambai, dokong, durian, rambutan, pulasan, belimbing, nangka dan cempedak.
Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki dari bumi ini menunjukkan betapa rahmat dan nikmat Allah sentiasa ada buat makhlukNya.

Firman Allah dalam Surah Ar Rahman :
[10]Dan bumi pula dijadikanNya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
[11]Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
[12]Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
[13]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Allahuakbar.
Terima kasih Allah, terima kasih Rasulullah.
Mari kita lihat foto di dusun tersebut.

Dusun terletak bersebelahan rumah pusaka
Pohon cempedak dan rambutan
Nyaman dan memberi ketenangan
Buah nangka 
Belimbing pun ada
Pohon rambai yang lebat berbuah
Buah cempedak tidak bersarung
Buah dokong yang manis
Buah rambutan yang tinggal sedikit
Buah pulasan
Pulasan lagi
Buah manggis yang menggiurkan
Rambai lagi
Sempat memetik sedikit buah rambutan dan pulasan
Rezeki, buah durian yang baru gugur
Inilah perkara yang paling menyeronokkan apabila pulang ke Kampung Petalin Baru, Bidor, Perak.

Khamis, 29 November 2012

:: Cerita Kasut??? Kalian Tidak Akan Percaya!!! ::

Bertuahnya kita hidup bahagia dalam negara yang indah, permai, aman dan makmur. 
Makan dan pakai cukup segala.
TETAPI 
Kalian percaya tak???
Oppsss.... percaya apa ya?

NAH

Lihatlah sendiri, 

Cerita Kasut

Kasut???
Kalau kita, dah lama kasut ini dibuang ke dalam tong sampah.

Namun kasut ini masih berjasa kepada tuannya. Tak Percaya???
Tengoklah sendiri......... 

Haru, pilu, sedih dan duka bergumpal di dalam dada.

Betapa dalam serba keberadaan kita, masih ada yang kurang segala.

Renung dan fikirkanlah.

Rabu, 28 November 2012

:: Badik Bugis La Gecong Pusaka Leluhur ::

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh buat para tetamu yang budiman. 
Kalian pernah melihat badik Bugis? 
Pada kali ini, aku ingin berkongsi foto badik Bugis yang aku simpan. Badik ini merupakan warisan daripada leluhurku. Ia dinamakan LA GECONG. Dengan izin Allah, ia telah menjadi 'teman setia'ku hampir dua puluh tahun sehingga kini. Menurut datukku, bilah keris ini daripada daun / pelepah sagu yang dipicit-picit dengan menggunakan jari sehingga bilahnya menjadi seperti sekarang. Namun, jika diamati bilahnya, seperti ada kesan picitan. Wallahu'alam.
Di bawah ini aku kongsikan foto-foto La Gecong ku.



 


















Menurut orang Bugis badik merupakan sebuah benda budaya yang akan meningkatkan identiti diri seseorang, terutama bagi kaum lelaki. 
Pepatah Bugis tentang badik:
“Taniya ugi narekko de’na punnai kawali” 
(Bukan seorang Bugis jika tidak memiliki badik).

Semoga ia bermanfaat buatku dan keturunanku pada masa akan datang. 
In Shaa Allah.

Isnin, 5 November 2012

:: CUTI-CUTI DI BUKIT GAMBANG WATER PARK ::

Cuti hujung tahun ni ke mana? Dah buat perancangan? Baiklah. Saya cadangkan agar kalian bawa keluarga ke Bukit Gambang Water Park. Sebenarnya saya dah bawa keluarga ke sana pada cuti sekolah pertengahan tahun pada 4 Jun 2012 yang lalu. Memang menyeronokkan. Anak-anak jangan cerita, kalau boleh nak tinggal terus di sana. Tiket masuk bagi dewasa RM21.90 manakala kanak-kanak pula RM14.90. Percuma bagi kanak-kanak yang ketinggiannya kurang daripada 90cm. 

Di bawah ini, saya tunjukkan gambar ketika kami di sana.








Lazy river antara yang terbaik. Duduk santai atas pelampung sambil dibawa arus. Perghhh... Boleh tertidur tu....

Menunggu pirana memuntahkan air.





Pirana sudah memuntahkan air.













Di bawah ini saya paparkan gambar iklan Rumah Tamu atau Home Stay di Taman Gambang Jaya. Bagi pemilik rumah tamu yang saya paparkan ini, jangan lupa bagi diskaun kepada saya sekiranya saya hendak menginap di rumah tamu kalian. Promosi dan publisiti untuk membantu perniagaan kalian. Semoga kita semua beroleh rahmat. Amin.








Jadi, pergi jangan tak pergi..... seronok woooo...

Selasa, 1 Mei 2012

:: Terukir Di Bintang By Baby Zulfah ::

Puteriku, Indok Nur Zulfah merupakan peminat nombor 1 Yuna. 

Mengapa? Tak percaya?

Sila tonton video di bawah:


Semoga namamu Terukir Di Bintang. 

::  TeRuKiR Di BiNtAnG  ::

Ahad, 29 April 2012

:: Serakah Rakus Meratah ::

Dalam benakku muncul beberapa persoalan yang kadang-kala mengasak kotak fikir ini. 

Sebuah keamanan yang telah berpuluh tahun dipupuk, dibaja dan dibelai dengan penuh kasih sayang kini semakin terhakis. 

Tembok tebal keamanan itu kini sudah mulai runtuh berkeping-keping.

Tidak mustahil suatu hari nanti, tiada lagi nikmat keamanan yang mahu dikecapi.

Selalunya nikmat yang terpampang di hadapan mata tidak akan dipedulikan kerana hawa nafsu yang membuak-buak.

Serakah kini sudah mula rakus meratah keamanan.

Apakah dengan melakukan demonstrasi yang kemudiannya memprovokasi akan menyelesaikan masalah?

Ingatlah, golongan majoriti tidak pernah merestui tindakan-tindakan tersebut. 

Golongan yang mempunyai kewarasan fikiran akan menterjemah suara mereka melalui peti undi.


Tunggulah.  

Andai kata PRU13 akan diadakan sehari dua, atau sebulan dua ini, mereka akan bersuara.

Bersuara untuk mempertahan nikmat keamanan yang masih berbaki.


Ingatlah, jika nikmat itu hilang, maka barulah ia akan diraba, dicari dan diselongkar, namun yang pasti ia tidak akan kembali secara mudah dan percuma.

Ketika itulah berjuta penyesalan akan menerjah hati yang kaku dan beku yang selama ini hanya menjadi tugu hitam di dalam diri.


Serakah...
Kini rakus meratah...
Manusia terus pecah-belah...
Nikmat keamanan kian goyah...
Tanah pusaka warisan menangis hiba...
Anak cucu akan merempat di atas tanah bersejarah.


::  Serakah Rakus Meratah  ::


Catatan berbentuk sajak, sila baca perkataan yang berwarna kuning sahaja.

Sabtu, 28 April 2012

:: Aktiviti BERSIH 3.00 PM ::

Inilah aktiviti yang paling aku gemari. 


Aktiviti BERSIH ini melibatkan seluruh ahli keluargaku tepat pada pukul 3.00 petang.


Dengan kuasa diktator yang ada padaku, aku telah memaksa seluruh ahli keluargaku menyertai aktiviti ini. 


Walaupun anak-anakku masam mencuka, namun mereka akur dengan arahanku. 


Arahan yang penuh kasih sayang diselangi kata-kata yang boleh menaikkan semangat mereka demi keluarga, rumah tangga dan terutama sekali demi negara yang tercinta. 


Bukannya apa, aku mahu mereka membesar seiring dengan kekuatan jiwa, kekentalan semangat agar mereka tidak mudah diperkotak-katikkan. 


Biarlah mereka berfikiran rasional, bahawa jiwa yang kuat dan kesihatan yang baik akan mewujudkan keluarga yang harmoni. 


Seterusnya, keluarga yang harmoni akan mewujudkan masyarakat sejahtera yang akhirnya akan melahirkan negara yang aman makmur.


Negara yang makmur wujud jika rakyatnya mematuhi undang-undang. Kerajaan terbina dengan kuasa majoriti rakyat yang mengundi sesebuah parti. 


Jadi, akurlah dengan suara majoriti rakyat.


Alamak.... Aku dah mula melalut.


Usah banyak berpolitik, mari lihat aktiviti BERSIH yang baru dijalankan sebentar tadi.








Daripada duduk bersila di tengah jalan, lebih-lebik baik BERSIHkan rumah. 
Ada gak faedahnya.

::  Rumah Bersih Keluarga Sihat  ::

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger