Tapi sayangnya tak boleh nak test drive..... Jadi, tak percaya...... hehehe (Proton PREVE : Drive it to believe it.....)
Walau kaca mataku retak seribu, namun jemari ini akan terus mengetik.............
Rabu, 18 April 2012
:: Sehari Bersama Proton PREVE : Drive it to believe it..... ::
Setelah agak panasaran menunggu pelancaran Proton PREVE, hari ini dapat juga bersemuka dan bertentang mata dengannya. Jika dilihat secara sepintas lalu, kelihatan ia agak mantap dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Nikmatilah sementara ia masih panaasssss!!!!!!!!!
Sabtu, 7 Januari 2012
:: Puan is3 menjeling manja tatkala ku bawa cik viva ke spa... ::
BOSAN sungguh pabila puan is3 hari-hari merayuku agar membawa Cik Viva ke spa.... Bukannya apa, aku risau dan khuatir jika berlaku sesuatu kepada Cik Viva. Dahlah cantik dan comel malah boleh menawan hati. Bukannya apa, aku masih sayang akan puan is3. Namun apakan daya aku terpaksa jua menurut kehendak puan is3.... Sayang is3 la katakan.....
Tatkala aku mahu keluar bersama Cik Viva, puan is3 menjeling manja sambil mengenyitkan mata kepadaku..... Ketika itu aku rasa macam tak jadi keluar dengan Cik Viva..... Ahhh.... Lupakanlah kenyitan mata itu....
Aku terpaksa menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang lelaki yang budiman.... Dengan langkah yang macho tanpa menoleh ke belakang, aku dan Cik Viva terus meninggalkan puan is3 yang masih tersenyum puas......
| Stereng Cik Viva yang mesra.... |
| Simple |
| Mmmmm.... |
| Tarikh appointment Cik Viva akan datang |
| 12 bulan = 11250km |
Masa yang diambil oleh Cik Viva menerima rawatan di spa lebih kurang 1 jam setengah.... Haaa... lega... tanggungjawabku sudah selesai...
Tiba di rumah, puan is3 mengucapkan terima kasih kepadaku lalu sebuah kucupan mesra singgah di pipiku.... hehehe.... Bila lagi ek rawatan spa seterusnya untuk Cik Viva?.... huahuahua
Jumaat, 6 Januari 2012
:: Anak Gayong Pantang Dicabar ::
Terlebih dahulu, thanx sebab berminat dengan nukilanku ini. Ye lahh, Kalau kalian tak minat, kalian takkan masuk.... Betul tak? Hehehehe....
Aku nak cerita sedikit tentang anak-anakku. Mereka menyertai seni bela diri iaitu Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) cawangan taman perumahan kami.
Oppsss.... Aku bukan nak berlagak kununnya anak-anak aku hebat... Tidak sekali-kali... Aku cuma nak berkongsi cerita dengan kalian.
Aku selalu berseloroh dengan anak-anakku. Lebih kurang macam ni lah selorohku: "Kalau setakat belajar silat tapi tak berani untuk membuat persembahan semasa majlis kahwin baik bersilat dalam kelambu" (Jangan marah tok-tok guru silat, kata-kataku ini ditujukan khas buat anak-anakku).
Tidakku sangka sama sekali, rupa-rupanya kata-kataku itu telah disimpan kemas di dalam almari hati anak-anakku....
Terkujat aku ketika sewaktu perkahwinan adik bongsuku, mereka mula beraksi yang membuatkan aku terkedu tanpa kata. Nahhh...... Amik kauuuu.... Dushhhh..... Kena aku sebiji.....
| Anak-anakku menunjukkan aksi buat kali pertama ketika majlis perkahwinan mak usu mereka |
| Aksi kali kedua |
| Aksi kali kedua |
| Kali ketiga dalam majlis perkahwinan anak saudaraku |
| Perghh..... dasat jugak ekkk... |
| Stail rambut yang tak tahan nengok tuu... |
| Macam nak terbang pun ada.... |
| Hati-hati wallet nak jatuh tu... |
| Tersengih anak saudaraku @ pengantin lelaki melihat aksi si cilik |
Buat anak-anakku:: Etta tarik balik kata-kata Etta iaitu :: "Kalau setakat belajar silat tapi tak berani untuk membuat persembahan semasa majlis kahwin baik bersilat dalam kelambu"
KALIAN MEMANG HEBAT.
Khamis, 5 Januari 2012
:: Majlis Makan Malam Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis ::
Sejarah terlakar sudah. Majlis makan malam ini merupakan majlis yang julung kali diadakan di Malaysia sempena Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis: Sejarah, Budaya dan Senibina di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru, anjuran UTM dengan kerjasama Persatuan Bugis Negeri Johor. DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga turut mencemar duli. Ia diadakan pada 26 November 2011.
Hanya foto-foto di bawah penerus kata......
Hanya foto-foto di bawah penerus kata......
| Menu |
| Aturcara Majlis |
| Makanan masyarakat Bugis juga turut dihidangkan |
| Bersama-sama saudara Bugis dari Makasar |
| Suasana di dalam dewan |
| Ketibaan DYMM Sultan Johor |
| Saudara Bugis dari Makasar dan Singapura |
![]() |
| DYMM Sultan Johor yang berjiwa rakyat |
![]() |
| Tuanku Sultan tetap ramah melayani rakyat |
| Saudara Bugis dari Makasar yang berpakaian tradisional Bugis |
| Dari Makasar dan Singapura |
:: Beregek Sebelum Ke Sekolah ::
Anak-anakku memang suka beregek. Hahaha... BEREGEK ? Yaaa BEREGEK.... Bahasa apa pula ni? Sebentar..... Untuk makluman kalian, pertama kali aku mendengar perkataan tersebut sewaktu aku, isteriku dan ibu mertuaku hendak ke pasar. Perkataan tersebut dilontarkan oleh *ibu mertuaku. Ketika itu, isteriku sedang berdiri di hadapan cermin. Mungkin lama menunggu, ibu mertuaku pun memanggil isteriku. "Ngape lame beno beregek? Nanti ikan habih kat paso..." rungut ibu mertuaku. Itulah kali pertama aku mendengar perkataan tersebut. Di mana? Kampung Petalin Baru, Bidor, Perak. Oooo.... loghat Melayu Perak rupanya....
Nah... BEREGEK saja anak-anakku. Foto ini sebelum mereka ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan 2012.
| Semoga diterangkan hati untuk menerima ilmu yang bermanfaat. |
| Angah yang manis. |
| Daing Akid puteraku... |
| Ulfah sempat menunjukkan makanan suplimennya. |
| Makanan suplimen wajib makan...... |
| Promosi la pulak...... |
* Alfatihah untuk arwah ibu mertuaku:: Rindu sangat kenangan lalu :(
Amin.
Langgan:
Catatan (Atom)























