:: KaLiAn ::

Jumaat, 21 Disember 2012

:: Jalan2.com - Siri 1 - Di Tanjung Balai, Karimun ::

Baru-baru ini aku dan rakan-rakan ke Tanjung Balai, Karimun, Indonesia
Kami ke sana dengan menaiki feri dari jeti Kukup, Pontian, Johor. Harga Tiket feri RM100 pergi dan balik
Bertolak dari Kukup pada jam 10.30 pagi dan berlabuh di Pelabuhan Tanjung Balai pada jam 11.30 pagi
Lebih kurang 1 jam perjalanan. 
Dalam pelayaran tersebut ketika di perairan antarabangsa, aku sempat naik ke dek feri dan melihat banyak kapal kontena yang sedang belayar. 
Sememangnya Selat Melaka merupakan perairan yang tersibuk di dunia
Di bawah ini aku tunjukkan foto-foto perjalanan kami ke sana.

Menunggu feri di jeti Kukup, Pontian, Johor.
Melihat pemandangan dari atas dek feri.
Feri membelah lautan.
Antara kapal kontena yang kelihatan gagah.
Sempat berposing di atas dek.
Keadaan di dalam feri yang selesa.
Tiba di pelabuhan Tanjung Balai.
Penumpang turun dari feri.
Hotel tempat penginapan yang bersebelahan dengan pelabuhan.
Pintu hadapan hotel.
Sejarah ringkas hotel.
Pandangan dari hotel, kelihatan jeti pelabuhan Tanjung Balai.

Itulah serba sedikit cerita tentang perjalanan ke Tanjung Balai.
Siri 2 akan menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger