:: KaLiAn ::

Khamis, 13 Jun 2013

:: Jalan2.com - Siri 5 - Isi Minyak Uji Kesabaran ::

Masih cerita tentang pengalaman bercuti di Tanjung Balai, Pulau Karimun.
Setelah pemandu kereta yang kami sewa membawa kami ke tempat-tempat menarik di Tanjung Balai, beliau berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Menurutnya, ia adalah satu-satunya stesen minyak yang terdapat di sana.
Saya pun tidak pasti sama ada benar ataupun tidak. Mungkin juga benar kerana sepanjang perjalanan tidak pula terlihat stesen minyak yang lain. Tetapi, minyak petrol yang diisi di dalam botol banyak dijual di tepi-tepi jalan.
Saya dan rakan hanya terpaku menyaksikan barisan penunggang motosikal di Pulau Karimun yang sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak. Mereka berbaris dengan tertib tanpa memotong barisan. Lihatlah betapa tertibnya mereka. 
Bagaimana dengan kita di Malaysia?
Foto-foto di bawah menggambarkan cerita.

Dari jauh kelihatan penunggang motosikal berbaris untuk mengisi minyak.






Ruang untuk mengisi minyak bagi kenderaan empat roda yang agak lengang.

Barisan penunggang motosikal.


Masih sempat berbual.
Penantian berbaloi juga akhirnya.
Hanya ucapan syukur sentiasa basah di bibir mengenangkan nikmat kemewahan, kemudahan dan kesenangan yang dikecapi di negara bertuah Malaysia.

:: Jalan2.com - Siri 4 - Makanan Pertama di Tanjung Balai : Makan-makan di Pondok Otek ::

Masih cerita tentang pengalaman bercuti di Tanjung Balai. 
Makanan pertama kami di Tanjung Balai? 
Hanya mampu "Senyum Tak Perlu Kata Apa-apa"
Kami dibawa ke Pondok Otek untuk menikmati makanan pertama kami. 

Foto-foto di bawah menceritakan segalanya.

Pondok Otek

Antara lauk yang disediakan.

Siput sedut kesukaanku.....

Sotong masak asam?

Sambal ikan bilis kecil yang sangat sedap.

Kerang yang masih segar.

Sambal udang yang menyebabkan dua pinggan nasi menjadi mangsa.

Asam pedas ikan pari.

Ulam vs sambal belacan yang membuka selera.

Urap secukup rasa.

Bekas nasi yang unik.

Khusyuk menikmati makanan pertama yang sangat menyelerakan. 

Tambah jangan tak tambah...

Ini baru sedap. L I C I N.com

Kalian tidak akan menyesal. 

Isnin, 20 Mei 2013

:: Jalan2.com - Siri 2 - Penginapan di Tanjung Balai ::

Holiday Karimun Hotel yang sangat strategik. Lokasi hotel bersebelahan terminal feri. Berhadapan hotel ini terdapat kedai pengurup wang. Ia juga berdekatan dengan kedai-kedai pakaian, kasut kulit, beg, kain pelikat, kain batik, telekung dan pelbagai barangan yang boleh dikatakan murah. 
Murah? Ermmm.... Memang murah. Kalau bijak menawar, pergi melenggang, kalau kalian pulang pasti terlentang, kerana kepenatan menjinjing satneka barang. 
Tak percaya? Pergilah.....
Foto di bawah sebagai kenangan.








Siri 3 akan menyusul.

Sabtu, 20 April 2013

:: Jalan2.com - Siri 3 - Pengangkutan di Tanjung Balai, Karimun, Indonesia ::

Jalan2.com Siri 2 kali ini akan menceritakan tentang pengangkutan atau kenderaan yang biasa digunakan di Tanjung Balai. Jenama kenderaan yang paling banyak digunakan ialah Toyota. Lambang Toyota boleh dikatakan banyak menghiasi jalan-jalan di Karimun.

Nama pengangkutan awam pula seperti oplet iaitu van yang diubahsuai untuk mengangkut penumpang. Ojek iaitu motosikal yang tugasnya seperti teksi.

Di bawah ini, dipaparkan foto-foto kenderaan tersebut.







Jumaat, 21 Disember 2012

:: Jalan2.com - Siri 1 - Di Tanjung Balai, Karimun ::

Baru-baru ini aku dan rakan-rakan ke Tanjung Balai, Karimun, Indonesia. 
Kami ke sana dengan menaiki feri dari jeti Kukup, Pontian, Johor. Harga Tiket feri RM100 pergi dan balik. 
Bertolak dari Kukup pada jam 10.30 pagi dan berlabuh di Pelabuhan Tanjung Balai pada jam 11.30 pagi. 
Lebih kurang 1 jam perjalanan. 
Dalam pelayaran tersebut ketika di perairan antarabangsa, aku sempat naik ke dek feri dan melihat banyak kapal kontena yang sedang belayar. 
Sememangnya Selat Melaka merupakan perairan yang tersibuk di dunia. 
Di bawah ini aku tunjukkan foto-foto perjalanan kami ke sana.

Menunggu feri di jeti Kukup, Pontian, Johor.
Melihat pemandangan dari atas dek feri.
Feri membelah lautan.
Antara kapal kontena yang kelihatan gagah.
Sempat berposing di atas dek.
Keadaan di dalam feri yang selesa.
Tiba di pelabuhan Tanjung Balai.
Penumpang turun dari feri.
Hotel tempat penginapan yang bersebelahan dengan pelabuhan.
Pintu hadapan hotel.
Sejarah ringkas hotel.
Pandangan dari hotel, kelihatan jeti pelabuhan Tanjung Balai.

Itulah serba sedikit cerita tentang perjalanan ke Tanjung Balai.
Siri 2 akan menyusul.

Ahad, 16 Disember 2012

:: Duit Syiling $1, 1971 ::

Entry kali ini masih lagi tentang duit syiling yang menjadi koleksiku.
Kali ini aku ingin berkongsi foto duit syiling Malaysia $1 keluaran 1971.
Pada bahagian belakang duit syiling ini terdapat Bangunan Parlimen serta bulan dan bintang pecah 14.


Semoga perkongsian foto ini memberi sedikit manfaat buat kita.

:: Duit Syiling Naga ::

Duit syiling naga ini berada dalam simpananku.
Untuk makluman kalian, duit syiling ini mempunyai lambang naga. 
Aku tidak pasti tahun keluaran duit syiling ini. 
Sesiapa yang boleh membaca tulisan Cina bolehlah berkongsi dengan menyatakan terjemahan tulisan pada kedua-dua permukaan syiling tersebut. 

Gambar naga jelas kelihatan.
Ada sesiapa yang tahu membaca tulisan ini?

Semoga perkongsian foto duit syiling ini memberi manfaat buat kita.

Sabtu, 15 Disember 2012

:: Cik T Terperangkap ::

Cik T comel. 
Cik T juga periang. 
Namun, Cik T pemalu. 
Pemalu sangat. 
Jarang mahu bertemu, inikan pula berbual.
Cik T memang suka bersendirian. 
Entah apa yang ditakutkannya. 
Mungkin, Cik T berpegang teguh akan nasihat ibu bapanya iaitu jangan terlalu percayakan orang.
Tetapi kini,
segala kata-kata dan pesanan ibu bapanya terngiang-ngiang di dalam kotak fikirnya.
Maafkan T ayah dan ibu.
T leka, lalai, alpa dan lupa.
T... T.... Terperangkap.







Moral of the story : 
Andai mudah digula-gulakan, kelak nanti binasa badan.

Perlu Maklumat?

Powered By Blogger